Wednesday, December 16, 2009
Berita Buat Rakan-rakan
kawan2..untuk makluman korg..Fad skang dh balik ke rumah..sedikit berita yang kurang baik..tulang kaki Fad patah dan ankle dia dislocated..td parents dia amik dia kat Hospital Putrajaya ..esok dia akan ke Hospital Ampang Puteri untuk rawatan lanjut...so sama2 laa kita doakan Fad cepat sembuh.
Keputusan Perlawanan Akhir
Perlawanan akhir antara Cool United dan Dettol FC berlangsung tepat jam 5.45 petang. Dengan kehadiran pemain-pemain lama serta penyokong-penyokong, Cool United memulakan cabaran dengan penuh semangat. Beberapa serangan awal dilakukan dalam misi mencari gol awal. Namun insiden yang melibatkan penjaga gol, Fad dan penyerang Dettol menyaksikan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Dettol. Fad yang mengalami kecederaan serius terpaksa dikejarkan terus ke hospital dan digantikan oleh Ezad manakala Amy masuk menggantikan posisi Ezad.
Dettol memperolehi gol pertama hasil dari sepakan penalti. Cool United yang cuba bangkit tidak berdaya menemui sentuhan penyudah. Afiq yang diharapkan untuk menghasilkan gol untuk Cool United terpaksa keluar awal, juga akibat kecederaan dan digantikan oleh Zik. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 0-1. Separuh masa kedua bermula dengan beberapa pemain Cool United sedikit hilang tumpuan. Aizal yang masuk menggantikan Mamu dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain tengah Dettol. Dettol menjarakkan lagi jurang hasil tandukan yang menewaskan Ezad.
Kesilapan Fid yang lewat menghantar bola ke hadapan dihukum dengan satu hantaran lintang oleh pemain sayap Dettol sebelum disambar masuk ke gawang Cool United. Perlawanan berkesudahan dengan Cool United (0) - Dettol FC (3).
Monday, December 14, 2009
Perlawanan Akhir Ditunda
Perlawanan akhir antara Cool United dan Dettol FC yang dijadualkan berlangsung pada hari Isnin (14 Dis 2009) telah ditunda ke tarikh berikut:
FINAL Loser Pool
16 Dis 2009; Rabu; 5.15 pm
Stadium MMU
Jersey Cool United/Light Blue
Seperti biasa, diingatkan agar para pemain agar berada dalam keadaan yang baik dan bersedia menghadapi cabaran perlawanan akhir. Kami amat mengharapkan sokongan rakan-rakan dan juga "kipas-susah-mati" Cool United. Jadi datanglah beramai-ramai ke Stadium MMU bagi menyaksikan perlawanan akhir.
Wednesday, December 2, 2009
Cool United Melangkah ke FINAL
Perlawanan separuh akhir antara Cool United menentang Gengki Noob berlangsung petang tadi di Padang MMU. Pemain Cool United turun awal dengan azam untuk melangkah ke pusingan akhir. Ketika sesi memanaskan badan, hujan turut seketika untuk membasahkan sedikit keadaan padang.
Perlawanan yang bermula dengan ketiadaan beberapa pemain seperti Han (lambat keluar kerja), Peq (injured kot), Wandy (kat kampung) tidak sedikit pun mematahkan semangat kesebelasan utama untuk meneruskan rentak menyerang. Cool United berjaya mendapat gol awal hasil hantaran chip cantik oleh Miko ke hadapan pintu gol yang berjaya ditolak masuk oleh Afiq. Miko yang mempamerkan permainan ala futsal hari ini turut melakukan satu percubaan jarak jauh yang hampir me'lemas'kan penjaga gol Gengki. Deng, Moy, Kide dan Ezad yang berada di barisan pertahanan menjalankan tugas dengan baik apabila berjaya mengekang serangan dari Gengki hingga tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Gengki menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan. Namun hantaran oleh penjaga gol comel Cool United, Fad, terus ke arah Afiq yang sekali lagi membuat larian sebelum menjaringkan satu lagi gol. Tidak cukup dengan dua gol, Miko yang menerima hantaran dari bawah sekali lagi melorongkan bola ke arah Afiq yang tidak mensia-siakan peluang dengan menjaringkan gol ketiga sekaligus membuat hat trick dalam perlawanan ini.
Gengki berjaya mendapatkan satu gol di saat-saat akhir separuh masa kedua namun ianya telah terlewat. Cool United menang 3-1 dan layak ke perlawanan akhir loser pool menentang Dettol FC/Spirulina. Tahniah diucapkan.
Tuesday, December 1, 2009
Jersey Baru Cool United

ADIDAS DESIGN 1

ADIDAS DESIGN 2

NIKE DESIGN 1

NIKE DESIGN 2
Seperti yang telah kita bincangkan, Cool United akan buat jersey baru untuk sem depan. Jadi nih design-design yang korg tgk dlm katalog hari tuh..aku upload kat sini. Pilih kaler yang korg nak n kita tgk pada majoriti. Kalau boleh jangan pilih kaler yang team lain dah ada n takyah amik kaler lama Cool United. Sepasang RM 50 siap nombor jersey. Kalo nak nama sepasang RM 55. Sila bagi pilihan korg kat ruangan komen. Tq
Separuh Akhir
Setelah berjaya menewaskan Ops Ngap minggu lepas, Cool United akan menentang Gengki Noob dalam perlawanan separuh akhir loser pool. Berikut adalah butiran berkenaan perlawanan tersebut:
Cool United vs Gengki Noob
2 Disember 2009; 5.15pm
Padang MMU (Belakang)
Jersey Cool/Light Blue
Sekali lagi, para pemain diharap agar dapat mengambil perhatian berkenaan perkara-perkara berikut:
- Shin Pad
- TOLONG DATANG AWAL~!!!
Diharap agar para pemain dapat menepati masa dan berada dalam keadaan yang baik untuk bermain pada hari Rabu ini. "Kipas-susah-mati" Cool United juga dijemput untuk ke padang bagi memberi sokongan. Selamat berjaya~!!
Wednesday, November 25, 2009
Cool United ke Separuh Akhir
Cool United telah berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir looser pool setelah berjaya menewaskan Ops Ngap petang tadi. Perlawanan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Stadium MMU terpaksa ditukar ke Padang MMU. Perlawanan yang bermula jam 6 petang tadi menyaksikan Ops Ngap melakukan beberapa serangan awal namun gagal menemui sentuhan penyudah. Moy yang mengetuai barisan pertahanan berjaya mengekang serangan-serangan tersebut dengan tenang.
Pemain Cool United yang agak leka pada awal-awal permainan mula mengawal perlawanan. Miko mempamerkan kawalan bola menarik dengan beberapa lorongan baik kepada penyerang kecil molek, Afiq. Pemain bahagian tengah turut membuat hantaran terus kepada Afiq. Beliau berjaya menewaskan penjaga gol Ops Ngap dan menolak bola ke gawang gol namun di saat para penyokong ingin meraikan jaringan pertama, bola terhenti akibat air yang bertakung di hadapan gol.
Gaya permainan menarik di separuh masa pertama menyaksikan Cool United bermain secara menyerang. Namun keadaan kekal tanpa jaringan ketika wisel separuh masa dibunyikan. Bermulanya separuh masa kedua, keadaan agak tidak teratur akibat kekurangan stamina beberapa pemain dan juga kurangnya komunikasi. Kide yang bermain baik sepanjang perlawanan mendapat sedikit kecederaan (dapat kad kuning gak) namun tetap ingin meneruskan perlawanan.
Akhirnya Cool United dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain Ops Ngap menolak Han di dalam kotak penalti. Aizal menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk meletakkan Cool United di hadapan. Beberapa pemain simpanan dimasukkan bagi mengetatkan lagi benteng pertahanan. Serangan demi serangan oleh Ops Ngap berjaya dihalang dan akhirnya pengadil menamatkan perlawanan dengan Cool United 1, Ops Ngap 0. Tahniah diucapkan kepada Cool United.
Subscribe to:
Posts (Atom)